CADANGAN untuk memperkenalkan sekolah satu sesi di negara ini menimbulkan perdebatan hangat, terutama di kalangan ibu bapa dan warga sekolah yang bakal terbabit secara langsung apabila ia menjadi kenyataan. Antara persoalan yang dibangkitkan ialah jika waktu sekolah dilanjutkan hingga jam 4 petang, pelajar perlu makan tengah hari dan sudah tentu, ini memerlukan program makan tengah hari diperkenalkan. Bagaimanapun di sesetengah negara yang melaksanakan sekolah satu sesi seperti Jepun, perkara ini tidak lagi menjadi isu besar.
Program yang sama di Jepun bukan hanya untuk memastikan pelajar mendapat makan tengah hari, tetapi lebih penting ialah makanan seimbang dan berkhasiat. Jepun seperti kebanyakan negara Asia lain tidak terlepas menghadapi masalah pemakanan tidak seimbang akibat pengaruh diet Barat yang menular dalam amalan pemakanan rakyat negara itu. Pengarah Urusan Kanan Persatuan Pemakanan Jepun, Futami Daisuke, berkata diet Barat menyebabkan semakin ramai lelaki Jepun menghadapi masalah kegemukan, manakala wanita menghadapi masalah sebaliknya, terlalu kurus.

Katanya, seorang daripada tiga lelaki yang berumur antara 40 hingga 60 tahun pada 2005 menghadapi masalah kegemukan dengan indeks berat badan (BMI) melebihi 25, manakala seorang daripada lima wanita berumur antara 20 hingga 30 tahun menghadapi masalah terlalu kurus dengan BMI kurang daripada 25. Di kalangan kanak-kanak, masalah lebih berat badan juga berlaku walaupun belum mencapai tahap serius. Bagaimanakah, fenomena di negara maju ini ditangani? Di Sekolah Rendah Nisikasai, Tokyo, kira-kira lapan peratus daripada kira-kira 696 pelajar atau seorang daripada 10 pelajar menghadapi masalah kegemukan, program makan tengah hari dilaksanakan untuk menerapkan amalan diet sihat di kalangan pelajar. Guru Besar Sekolah Rendah Nisikasai, Kimiko Yabe, berkata prinsip utama program makan tengah hari bernilai RM70 sebulan itu untuk mendidik pelajar supaya memilih makanan yang baik untuk kesihatan.
Katanya, menu makan tengah hari merangkumi nasi, ikan (mentah atau dimasak), sayur-sayuran, sup dan makanan berasaskan soya serta susu. “Kami serius melaksanakan program ini dengan melantik seorang pakar pemakanan bertauliah, Yoko Kobayashi, yang membuat perancangan dan menguruskan program ini seperti menyediakan menu yang sesuai setiap hari,” katanya. Kobayashi berkata, pihak sekolah sedaya upaya cuba menggunakan produk tempatan yang segar, manakala makanan dimasak di dapur khas sekolah yang amat mementingkan kebersihan. Katanya, menu ditukar setiap hari dan kadangkala, makanan China, Korea dan India seperti tose diperkenalkan kepada pelajar dan jika peruntukan mencukupi, minuman yogurt terkenal seperti Yakult Joie diberikan kepada pelajar. Berbanding program makanan tambahan di Malaysia, iaitu pelajar makan di kantin, suasana makan tengah hari di Sekolah Rendah Nisikasai lebih menarik kerana mereka menjamu selera di kelas masing-masing. Bagi merasai sendiri pengalaman itu, penulis ditempatkan dalam satu kelas dan duduk semeja bersama pelajar. Kira-kira jam 12.20 tengah hari, waktu makan bermula, pelajar mengemaskan meja masing-masing dan troli makanan dari dapur tiba. Perkara menarik ialah pelajar sendiri dipertanggungjawabkan menyediakan makanan kepada rakan sekelas. Lengkap dengan pakaian khas dan topi, sekumpulan pelajar mencedok makanan ke mangkuk rakan mereka. Setiap pelajar kemudian kembali ke meja masing-masing dan secara serentak menjamu selera. Kebanyakan pelajar menghabiskan makanan kecuali seorang dua yang agak nakal kerana lebih banyak bermain, terutama dengan kehadiran tetamu. Selepas makan, setiap pelajar meletakkan dulang di tempat ditetapkan. Walaupun makan dalam kelas, kebersihan kelas diutamakan. Program makan tengah hari di Sekolah Rendah Nisikasai adalah antara usaha agresif Kerajaan Jepun menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan rakyat negara itu, terutama pada peringkat pelajar sekolah. Penolong Kaunselor Jabatan Penggalakan Pendidikan Pemakanan, Pejabat Kabinet Jepun, Miho Kawano, berkata kesungguhan kerajaan untuk melihat rakyat Jepun mengamalkan pemakanan sihat boleh diukur berdasarkan penubuhan Majlis Pendidikan Pemakanan atau Syokuiku. Katanya, majlis yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri mempunyai struktur organisasi dari peringkat kebangsaan hingga ke peringkat akar umbi seperti kerajaan tempatan dan majlis perbandaran dengan kumpulan sasaran termasuk sekolah dan tadika. Setakat tahun 2005, katanya 99.2 peratus sekolah rendah dan 85.6 peratus sekolah menengah rendah melaksanakan program makan tengah hari. Walaupun pelaksanaan sekolah satu sesi di negara ini belum ada kepastian, program makan tengah hari di Sekolah Rendah Nisikasai boleh dijadikan panduan, terutama dari segi menu dan tahap kebersihan yang tidak memungkinkan kejadian keracunan makanan berlaku. Selain itu, pelajar dididik mencintai makanan berteraskan diet tradisional yang baik untuk kesihatan dan antara rahsia jangka hayat penduduk Jepun sekarang adalah antara yang terpanjang di dunia, iaitu 78 tahun bagi lelaki dan 86 untuk wanita.