Tuesday, March 25, 2008

Puteri penuhi impian




SUASANA perkelahan di Pantai Puteri.

Destinasi peranginan di Tanjung Kling dihiasi ratusan pepohon rhu dan kelapa sesuai untuk keluarga

PANTAI atau tanah tinggi yang menyajikan keindahan alam semula jadi dan landskap menarik adalah lokasi paling sesuai untuk beristirahat sambil menenangkan fikiran.

Di Melaka misalnya, Pantai Puteri yang kedudukannya kira-kira 11 kilometer dari pusat benar, terbentang megah di Tanjung Kling adalah antara lokasi menarik yang mampu memenuhi impian percutian anda.

Bagi yang pernah ke sana, mereka pasti akan kembali semula sama ada secara bersendirian atau berkeluarga. Ini menunjukkan destinasi peranginan pesisiran pantai yang dihiasi ratusan pepohon rhu dan kelapa itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Untuk mengetahui keistimewaan Pantai Puteri, rancanglah percutian ke tempat itu pada hujung minggu. Sekali datang pastinya pengunjung tidak puas dan ingin kembali semula bersantai di pantai berkenaan.

Pantainya yang terdampar indah sesuai untuk mandi-manda selain dilengkapi pelbagai kemudahan prasarana bagi keselesaan pengunjung.


BERMAIN perahu layar menjadi tarikan.

Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyelia pantai berkenaan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut menyediakan taman permainan kanak-kanak, gerai makan, padang bola sepak dan bola jaring, lampu limpah, tandas dan bilik mandi, surau, tempat letak kereta dan pentas kebudayaan.

Antara kemudahan penginapan untuk pengunjung bermalam di pantai popular itu pula ialah Everly Resort Hotel Malacca, Malacca Beach Resort Hotel, Shah Beach Resort Malacca dan Merak Melaka Beach Resort. Ada juga beberapa chalet di sepanjang laluan ke Tanjung Kling yang menawarkan harga menarik untuk pengunjung.

Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, Pantai Puteri yang terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat Bandaraya Melaka tetap menjadi pilihan utama pelancong jika ke negeri ini. Pada hari tertentu, terutama hujung minggu dan kelepasan am, suasana di pantai begitu ceria dengan kehadiran pelancong dari merata tempat

Usaha kerajaan negeri menanam lebih 2,000 pokok rhu di sepanjang empat kilometer pantai berkenaan menjadikan Pantai Puteri yang dulunya terlalu terdedah kepada cuaca panas, menjadi kawasan yang lebih redup dan menghijau.


KANAK-KANAK membina istana pasir di tepi pantai.

Berikutan kelebihan itu, aktiviti riadah seperti berkhemah sering diadakan oleh pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) awam serta swasta di pantai berkenaan.

Di pantai itu juga, orang ramai boleh menyaksikan lebih dekat aktiviti nelayan mendaratkan hasil tangkapan laut, selain melihat mereka mengait jaring dan menjemur ikan kering.

Pantai Puteri turut menjadi tumpuan kaki pancing tanpa mengira siang atau malam, selain menjadi lokasi tetap pertandingan memancing GP Joran anjuran Unit Joran, Berita Harian Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan negeri yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada kaki pancing seluruh negara.

Jadi, kalau anda tidak ada aktiviti untuk dilakukan pada hujung minggu, berkunjunglah ke pantai ini bersama rakan atau keluarga.

FAKTA: Pantai Puteri

· Kerajaan negeri bercadang membina lagun di Pantai Puteri, Tanjung Kling bernilai RM30 juta.

· Lagun yang dibina seakan-akan lagun di pantai Hawaii, Amerika Syarikat.

· Kerajaan Pusat akan salurkan peruntukan pembinaan lagun menerusi Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS).

· Antara kemudahan disediakan di Pantai Puteri
- Taman permainan kanak-kanak
- Pentas budaya
- Lampu limpah
- Tandas awam
- Padang bola sepak pantai
- Padang bola jaring padang
- Medan selera termasuk ikan bakar

Bagaimana ke Pantai Puteri?

· Sekiranya dari Bandaraya Melaka, pengunjung boleh menggunakan Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling yang perjalanannya hanya kira-kira 11 kilometer.

Saturday, March 8, 2008

Wenger - Eduardo can follow Diaby example


Arsène Wenger expects Eduardo's road to recovery to follow a similar pattern to Abou Diaby's.

The French midfielder suffered a broken and dislocated ankle at Sunderland in May 2006 and returned eight months later after complicated surgery, a lot of patience and a long, hard rehabilitation. Eduardo faces a similar journey after fracturing his leg and dislocating his ankle at Birmingham 13 days ago.

Wenger told Arsenal TV Online on Thursday that the Croatian striker is "doing as well as he can" at this early stage of his recovery. At his pre-match press conference the Arsenal manager predicted that Eduardo will need slightly longer than Diaby did before he pulls on an Arsenal shirt again.

"We believe the earliest he will play again is nine months," said Wenger.

"That is three months without really putting his foot down and then six months to practise fully, the same as Diaby."