Monday, February 25, 2008

PERATURAN MENCARI JODOH

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.
Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama.

Sabda baginda yang bermaksud :
"Janganlah mengawini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik dari wanita cantik dan berharta."

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

No comments: